Social Icons

Pages

Monday, March 2, 2009

Kaedah Penyuntikan Ikan Keli

Mengenal Ikan keli
Ikan keli menurut klasifikasi berdasarkan taksonomi yang dikemukan oleh Weber de Beaufort(1965) digolongkan sebagai berikut ;
Chordata, ialah binatang bertulang belakang Pisces, ialah bangsa ikan yang mempunyai insang untuk bernafas.
Teleostei, ikan yang bertulang keras.
Ostariophysi, ialah ikan yang di dalam rongga perutnya sebelah atas memiliki tulang sebagai alat perlengkapan keseimbangan yang disebut tulang weber Siliroide, ikan yang bentuk tubuhnya memanjang berkulit licin(tidak bersisik)
Clarridae ialah satu kelompok yang selain mempunyai ciri tersebut dan bentuk kepalanya yang pipih dengan tulang keras sebagai pelindung kepala. Bersungut 4 pasang. Sirip dada. Mempunyai alat pernafasan tambahan yang terletak dibahagian depan rongga insang yang membolehkan ikan keli bernafas.

Penyebaran
Ikan keli tersebar luas di benua Afrika dan Asia, terdapat diperairan umum yang berair tawar secara liar. Di beberapa negara, khususnya di Asia. Ikan keli telah diternak, dipelihara di kolam. Seperti di Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja,Burma dan India.

Habitat
Habitat atau lingkungan hidup ikan keli ialah semua perairan air tawar. Di sungai yang airnya tidak terlalu deras, atau di perairan yang tenang seperti danau, telaga, serta kolam-kolam kecil.
Ikan keli mempunyai insang tambahan yang membantu ikan ini bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen. Oleh itu, ikan keli sangat tahan di perairan yang mengandungi bekalan oksigen yang sedikit. Ikan keli juga tahan terhadap pencemaran bahan-bahan organik. Oleh itu, ikan keli amat tahan di dalam air yang kotor.

Perlakuan Ikan keli
Ikan keli yang hidup di air tawar, bersifat nocturnal iaitu aktif pada waktu malam dan menyukai kawasan yang gelap. Pada siang hari, ikan keli lebih suka berdiam diri di dalam lubang-lubang atau tempat yang tenang dan aliran air yang tidak terlalu deras.
Ikan keli membuat sarang di dalam lubang-lubang di tepi sungai, permatang sawah dan kolam yang teduh dan tenang.

Teknik Pembenihan
Secara umumnya ikan keli membiak dengan meletakkan telurnya di dalam sarang. Sarang ikan keli berupa lubang yang dibuat pada dinding permatang sawah, tepian sawah. Kerapkali sarang ikan keli terdapat di bawah rumpun tumbuh-tumbuhan air yang tenang dan terlindung.
Kebanyakan penternak meniru cara kehidupan ikan keli ini dengan menciptakan keadaan lingkungan yang sama untuk ikan keli bersenyawa. Di dalam kolam pemeliharaan, induk ikan keli disediakan kotak-kotak kayu atau buluh yang ditenggelamkan ke dasar kolam.
Untuk memudahkan proses pensenyawaan dan pemungutan hasil, penternak-penternak mengubahsuai kotak-kotak tersebut sama dengan kehidupan sebenar ikan keli.
Salah satu contoh teknik pensenyawaan penternak di Asia.

A. Sistem Blitar
Di sekeliling tepi kolam pemeliharaan induk itu dibuat bilik-bilik atau kotak pensenyawaan.
Contoh pengukuran kolam adalah sepereti berikut;
Panjang : 10-15meter
Lebar : 8-10meter
Kedalaman : 1-1.5 meter
Dinding kolam diperbuat dari bata yang disimen untuk keseluruhan kolam.
Setelah dasar kolam disimen, sebaiknya diberi lapisan pasir bercampur tanah liat setebal 10cm untuk mewujudkan suasana yang sama dengan habitat asal ikan keli.
Untuk mengelakkan ikan keli tidak merayap keluar, terutama waktu hujan turun, di bibir kolam dipasang dinding dari plastik yang licin dan didirikan tegak lurus setinggi 50cm.
Paip kemasukan air ke dalam kolam dapat dibuat dari PVC atau buluh. Cara pemasangan dibuat dengan membuat kecerunan sedikit untuk menambahkan kandungan udara ke dalam air dengan cukup baik serta boleh menyegarkan ikan-ikan.
Untuk pengeluaran air dari kolam, dibuat pintu bentuk monnik. Dinding pintu air itu mempunyai 3 lapisan. Dinding yang mengadap kolam lubangnya di dasar, sehingga air yang terbuang keluar adalah dari bahagian lapisan dasar yang banyak kotorannya. Sekatan di tengah terdiri daripada papan-papan yang disusun dan dapat digunakan untuk mengatur ketinggian air di dalam kolam. Dengan itu air boleh mengalir keluar melalui saluran tersebut.
Permukaan air di dalam kolam itu hendaklah tidak melebihi 20 cm dari bibir kolam, supaya ikan keli tidak mudah melompat keluar.

Kotak pensenyawaan
Untuk ukuran kotak pensenyawaan pula adalah ;
Lebar : 50 cm
Panjang : 50 cm
Kedalaman : 60 cm
Kotak-kotak ini diperbuat daripada simen. Pada dinding dalam mengadap ke kolam induk, 2 lubang yang bergaris tengah 15 cm. Jarak kedua lubang itu 15 cm. Lubang ini sebagai jalan masuk ke dalam kotak itu bagi ikan keli untuk bersenyawa.
Pada dinding belakang iaitu yang mengadap keluar kolam dibuat 1 atau 2 buah lubang yang terletak di dasar kotak itu. Tujuannya adalah untuk memudahkan proses pengeringan dan pengasingan benih-benih ikan keli. Lubang itu dapat disumbat dan dibuka dengan mudah.
Kotak pensenyawaan itu perlu ditutup dengan kayu yang mudah dibuka untuk proses pembersihan. Penutup tersebut perlu disediakan lubang-lubang kecil untuk memberi sedikit ruang udara kepada ikan keli disamping untuk mengekalkan ruang yang gelap
Jarak di antara kotak pensenyawaan adalah 75 cm – 100 cm. Ini bertujuan untuk mengelakkan ikan keli yang bersenyawa tidak diganggu oleh yang lain.
Kotak diletakkan di bahagian atas kolam berdekatan dengan tepi kolam sehingga kedalaman air di dalam kotak pensenyawaan itu hanya 30 cm.
Dasar kotak pensenyawaan itu perlu dialas pasir, tetapi tidak berlumpur. Pastikan pasir yag lembut dan bersih, supaya induk tidak rosak semasa proses pensenyawaan. Lapisan pasir ini bertujuan untuk induk meletakkan telur. Kebersihan perlu dijaga untuk mengelakkan telur-telur ikan keli dijangkiti bakteria-bakteria.
Di dalam kotak pensenyawaan elok juga diberi sedikit ijuk, yang diletakkan diatas pasir. Sebelum dimasukkan, ijuk dicuci dan dijemur. Telur-telur ikan keli akan tersebar di antara serabut-serabut ijuk, tetapi tidak meletak kuat.

Contoh kaedah pengairan di Indonesia.
Satu kaedah untuk pengairan air untuk memastikan berada pada paras kita kehendaki dengan menggunakan bilah-bilah papan disusun mengikut peringkat-peringkat yang ditetapkan untuk kedalaman air iaitu salah satu kaedah di Indonesia, untuk mengawal air secara manual dengan menggunakan papan.

Pengaturan air kolam pensenyawaan.
Di dalam kolam pensenyawaan ini, ikan keli memerlukan keadaan air yang segar dan bersih, mengandungi cukup oksigen dan tidak mengandungi bahan pencemar untuk mendapatkan hasil benih yang baik. Pastikan air yang digunakan tidak mengandungi air cucian sabun dan detergen. Ini sangat berbahaya terhadap ikan keli dan perlu dipastikan setiap masa.
Apabila air menjadi keruh, air tersebut perlu diendapkan dan disaring terlebih dahulu. Di depan paip kemasukan air perlu dipasangkan saringan (filter) yang dapat menyekat kotoran.

Induk ikan keli.
Calon- calon ikan keli dapat diperolehi bila ukuranya mencapai 100 gram atau lebih. Calon-calon induk sebesar ukuran tersebut dapat diperoleh setelah ikan keli berumur 4 bulan, jika makanan yang diberikan bermutu tinggi, ikan keli boleh hmencapai 100 gram selepas berumur sebulan.
Untuk mendapatkan induk yang baik, ikan keli dipilih daripada gerak gerinya, badan yang kilat dan gemuk.

Alat kelamin ikan keli jantan dan betina terletak di belakang luang dubur, terdapat bonjolan. Pada betina, tonjolan itu berbentuk bulat. Manakala bonjolan tersebut membujur untuk jantan.
Menurut daripada penternak-penternak ikan keli, ikan keli akan menunjukkan tanda-tanda sebagai berikut;

Induk jantan
1. Alat kelamin nampak jelas dan membujur(meruncing)
2. Perutnya nampak meramping, jika perut diurut(ditekan perlahan-lahan) spermanya akan keluar.
3. Tulang kepala lebih mendatar dibandingkan dengan betina.
4. Jika warna dasar badannya hitam, warna itu menjadi lebih gelap daripada biasanya.

Induk betina
1. Alat kelamin berbentuk bulat dan kemerahan, lubangnya agak membesar.
2. Tulang kepala agak cembung.
3. Pergerakan agak lambat berbanding dengan ikan jantan.
4. Warna badanya lebih cerah dari biasanya.
Perbezaan diantara jantina adalah bentuk kelaminnya, dimana alat kelamin jantan lebih berbentuk bujur berbanding bentuk kelamin betina yang berbentuk bulat.
Dalam satu kolam pensenyawaan yang luasnya 100m2 dapat dipelihara induk keli sebanyak 25 pasang (25 ekor betina dan 25 ekor jantan)

Musim pensenyawaan
Pensenyawaan ikan keli banyak terjadi pada musim hujan.Tetapi menurut pengalaman penternak ikan, ikan keli dapat bersenyawa sepanjang tahun, apabila keadaan air kolam sering berganti. Pensenyawaan juga dipengaruhi oleh makanan yang diberikan. Makanan yang bermutu baik akan meningkatkan vitamin ikan sehingga ikan sering bersenyawa.

Pemeliharaan induk
Pemeliharaan dan rawatan calon induk dan induk ikan keli mesti berada dalam keadaan sihat, tidak mudah diserang penyakit, supaya dapat menghasilkan keturunan yang sihat. Untuk tujuan tersebut pelbgai cara telah digunakan, di antaranya adalah;
1. Mengatur air kolam agar sering diganti, walaupun kemasukan air tidak terlalu deras. Kemasukan air 5-6 liter per minit sudah mencukupi untuk menyegarkan ikan keli.
2. Makanan yang bermutu baik dan jumlah yang mencukupi. Makanan bagi ikan keli berupa makanan asas dan makanan tambahan.
Makanan asas ikan keli terdiri dari berbagai jenis, antaranya adalah (Copepoda, Cladocera), larva atau jentik-jentik, serangga, cacing dan sebagainya.

Ikan keli Cat Fish
Ikan keli Cat Fish ( Clarias gariepinus) iaitu raja ikan keli. Ikan keli ini memang mempunyai sifat-sifat yang baik, pertumbuhannya juga sangat cepat dan mencapai ukuran besar dalam waktu yang pendek.

Sifat-sifat cat fish.
Clarias gariepinus(cat fish)
- Warna badan ikan keli menjadi perangkeperangan jika ikan terkejut atau dalam keadaa stress.
- Gerakannya lebih agresif
- Sengat ikan keli ini tidak beracun
- Tidak merosakkan benteng jika diternak di dalam kolam benteng.

Clarias batrachus(ikan keli biasa)
- Warna gelap
- Gerakan biasa
- Sengat berbisa
- Merosakkan benteng kolam.

Pertumbuhan
Umur ---------- Cat fish (gram) ---------- Ikan keli biasa
2 hari (larva) ------ 2 – 3 ---------------------- 1 – 2
5 minggu --------- 10 – 15 -------------------- 1 – 5
24 minggu ------- 180 - 200 ------------------ 40 – 50

Data pertumbuhan ini diperolehi dari sumber penternak, dengan kolam 1000 m2 berkedalaman 1 meter, benih 5 – 8 cm, kepadatan penebaran 30 -50 ekor/m2 selama 24 mingu(5 -6 bulan) menghasilkan cat fish seberat 200-300 gram/ekor.

Teknik penyuntikan
Teknik penyuntikan hormon
Ikan keli(cat fish) merupakan induk daripada Clarias gariepinus dan induk betina clarias fuscus.
Tujuan teknik penyuntikan ini adalah ;
1. Dapat mengkahwinkan 2 jenis induk ikan keli, supaya mendapat baka yang baik.
2. Dapat menghasilkan induk hasil dari 2 induk yang berlainan dan cara hidup yang berbeza sebelum ini.
3. Memperolehi benih bukan hanya di waktu pensenyawaan sahaja.
4. Memperolehi benih mengikut keperluan yang dikehendaki.

Persiapan induk ikan keli untuk disuntik.
Penyuntikan hormon hanya terhasil apabila di dalam ovari ikan keli betina yang telurnya sudah betul-betul matang.
Tanda-tanda induk ikan keli betina yang sudah masak telur adalah seperti berikut ;
1. Perut membesar dan lembut jika dipegang. Perbezaan perut ikan keli yang besar akibat kekenyangan adalah perut ikan besar dan padat, bukan lembut.
2. Dubur agak menonjol dan berwarna kemerahan.
Tanda-tanda ikan keli jantan yang bersedia untuk bersenyawa ;
1. Bahagian perut lansing, jika perut diurut ia akan mengeluarkan cairan putih.
2. Ikan keli jantan tidak perlu disuntik dengan hormon kerana ia mudah untuk
disenyawakan.
3. Induk jantan dan induk betina yang sudah dipilih dikumpulkan secara terpisah di dalam
satu bekas khas.
4. Cara penangkapan induk betina perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana ia boleh
mencederakan induk betina sehingga boleh mengeluarkan benih dari induk betina tersebut.
Bagi induk ikan keli jantan, sperma agak sukar dikeluarkan secara urutan. Biasanya ikan keli jantan ini dibunuh, iaitu dibedah rongga perutnya untuk mengeluarkan seluruh kantong spermanya dan seterusnya diletakkan di dalam satu bekas.

Alat-alat yang diperlukan
1. Pisau untuk memotong
2. Gunting
3. Jarum pencungkil
4. Alat suntik
5. Aqua bi-destilata
6. Larutan garam NaCl 0.7%

Mengambil larutan hipofisa
Induk betina ikan keli perlu disuntik dengan satu hormon yang disebut sebagai Gonade Stimulating Hormon(GSH). GSH dihasilkan oleh kelenjar hipofisa atau disebut kelenjar pitiutari. Setiap ikan ( haiwan bertulang belakang) mempunyai kelenjar hipofisa yang terletak di bawah otak. Kelenjar hipofisa ini amat penting dan berfungsi dalam proses pembiakan. Ukurannya kira-kira hanya sebesar sebutir kacang hijau. Beratnya hanya 2-3 mg. Kelenjar hipofisa ini menghasilkan hormon GSH seiring dengan proses dewasa ikan. Ikan keli dewasa mengeluarkan GSH lebih banyak berbanding ikan yang belum dewasa.
Untuk penyuntikan ikan keli, kelenjar hipofisa diambil dari ikan keli yang dikorbankan. Hipofisa boleh diambil dari induk ikan keli biasa iaitu Clarias batracthus.
Kuantiti hipofisa yang perlu disuntik kepada ikan keli cat fish adalah 3 dos. Jika saiz catfish ini 0.5kg, ia memerlukan memerlukan hipofisa dari ikan keli biasa yang berat badannya 3 x 0.5kg. Hipofisa yang diambil boleh daripada induk yang sudah dewasa tidak kira jantan atau betina.

Cara pengambilan hipofisa.
1. Ikan keli biasa dipegang di bahagian kepala. Kepala ikan dipotong dan tulang kepala atas mata ikan keli dikoyakkan sehingga tulang tengkorak terbuka dan otak kelihatan. Otak ini tarik menggunakan twezel dan akan kelihatan kelenjar hipofisa berwarna putih sebesar kacang hijau dibawah otak tersebut.
2. Dengan menggunakan twezel, kelenjar hipofisa itu diangkat dan diletakkan di dalam satu bekas. Kemudian kelenjar hipofisa tersebut dibersihkan dengan menggunakan larutan garam fisologis untuk membersihkan darah yang melekat bersama-sama kelenjar tersebut.
3. Kelenjar hipofisa dihancurkan dan dicampurkan dengan 1-1.5ml aqua bidest. Oleh itu GSH yang terkandung dalam kelenjar hipofisa itu akan terlarut di dalam aqua
bidest(boleh didapati di kedai-kedai ikan).

Cara penyuntikan hipofisa.
1. Penyuntikan ikan betina dibuat dibahagian pungung dekat dengan sirip punggung ke dalam dagingnya.
2. Untuk ikan keli yang beratnya 0.5kg , 3 dos larutan hipofisa tadi yang telah dilarutkan dengan larutan aquabidest 1ml, 1/3 ml disuntik dahulu dan dilepaskan kedalam kolam khas sacara terasing dengan ikan lain. 4 jam kemudian 2/3 larutan hipofisa disuntikkan untuk kali kedua. Dan selepas 3 jam penyuntikan kedua perut induk ikan keli betina diurut untuk mengeluarkan telurnya.

Pembenihan secara buatan
Telur dari induk betina yang sudah disuntik dengan hormone GSH diurut dibahagian perutnya untuk mengeluarkan telur. Kemudian telur ini dicampurkan bersama sperma ikan jantan di dalam satu bekas khas yang bersih.

Cara pengurutan
Induk betina yang sudah 3 jam disuntik hormon(proses teraakhir) tidak boleh lambat diambil dari tempat kolam khasnya kerana boleh menyebabkan telur akan terkeluar ke dalam kolam tersebut dengan sendiri.
Induk ikan tersebut dipegang dibahagian kepala dengan menggunakan kain supaya tidak licin. Sementara tangan kiri memegang kepala ikan, tangan kanan melakukan pengurutan perut ikan itu. Dengan menggunakan ibu jari, telunjuk dan jari hantu, proses menekan dan mengurut ikan dimulakan dari belakang kepala kearah dubur. Telur akan keluar dan ditampung di dalam mangkuk. Pengurutan perut tersebut diulang-ulang 2-3 kali sehingga semua telur induk ikan keli betina tersebut keluar.

Pengeluaran sperma.
Kepala ikan keli jantan dipotong dibahagian belakang sirip dada. Kemudian dengan menggunakan gunting, perut ikan keli jantan digunting sepanjang sisi bawah badannya untuk mengeluarkan usus dan isi perut. Apabila semua isi perut dikeluarkan, maka kantong sperma akan kelihatan berbentuk pipih memanjang seperti pita. Kantong sperma ini dipotong-potong dan dipecah-pecahkan serta diurut-urutkan supaya cairan air mani keluar. Kemudian cairan air mani itu dituangkan ke dalam mangkuk yang sudah diisi dengan telur yang keluar tadi.

Pembuahan
Telur dan air mani di dalam mangkuk tadi dicampur perlahan-lahan dengan menggunakan bulu ayam sehingga campuran tersebut sama rata. Selepas beberapa ketika, telur tersebut akan mengembang dan air perlu ditambah untuk mengelakkan ia menjadi keras. Telur-telur yang disenyawa akan melekat pada bulu ayam.
1) Cara pemotongan ikan keli jantan untuk mengambil larutan hipofisa. Ikan terpaksa dipotong dibahagian kepala iaitu bahagian tengkuk ikan keli.
2) Tengkorak ikan keli jantan digoreskan untuk mendapat hifopisa dan diangkat menggunakan twezel
3) Larutan hipofisa yang diperolehi tadi, disuntik kepada induk betina. Rujuk langkah- langkah untuk proses penyuntikan seperti yang dinyatakan sebelum ini.
4) Kemudian perut induk jantan tadi dipotong untuk mengambil sperma.
5) Sperma ini di simpan di dalam sebuah tabung.
6) Perut induk betina diurut dengan menggunakan tangan untuk mengeluarkan telur.
7) Sperma dan telur disenyawakan di dalam satu bekas bersih.
8) Selepas persenyawaan berlaku, kaedah penyebaran benih dilakukan di dalam kawasan air yang bersih.


Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

0 comments:

 

Sample text

Sample Text